heroe

Tampilkan postingan dengan label pemuda. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label pemuda. Tampilkan semua postingan

Selasa, 28 Agustus 2012

Peranan Para Pemuda dan Para Pemudi


Pandangan hidup yang islami pada diri seseorang muslim akan terzahir pada pelbagai tugas (kewajiban) yang harus dilaksanakannya dalam kehidupan seharian. Tugas-tugas itu hakikatnya adalah hukum-hukum syara’ yang digali dari nash-nash syara’, yang berkaitan dengan realiti kehidupan yang dihadapinya dalam pelbagai interaksi yang dilakukanMemahami hukum syara’ yang berkaitan dengan aktiviti seharian, adalah fardhu ‘ain bagi seorang muslim.

Adapun mempelajari hukum syara’ yang tidak berkaitan dengan aktiviti sehari-hari, adalah fardhu kifayah . Seorang petani wajib memahami hukum-hukum syara’ tentang tanah, penyewaan tanah pertanian, musaqat dan sebagainya. Seorang doktor pula wajib memahami hukum syara’ tentang perubatan, pembedahan mayat, pengguguran janin, pemindahan organ tubuh, pengklonan dan sebagainya. Seorang tentera pula harus memahami hukum tentang jihad, tawanan, perdamaian, perjanjian, harta rampasan perang, dan seterusnya.

Demikian pula seorang pemuda, dia seharusnya memahami hukum syara’ yang berkaitan dengan kegiatannya sehari-hari sebagai pelajar. Disamping itu, seorang pemuda muslim adalah secara de facto adalah seorang muslim, maka dia wajib memahami kewajibannya yang utama dalam kedudukannya sebagai muslim.Atas dasar itu, ke atas seseorang pemuda muslim, tugas utama yang wajib dipikulnya setidak-tidak-nya ada 3 (tiga):